Nasi Arab Istimewa
Resep Masakan Nasi Arab Istimewa - BAHAN-BAHAN :• 1 kg beras basmathi
• 1 paket perencah briyani maggie
• 1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
• 1 labu bawang besar
• 1 inci halia
• 2 ulas bawang putih
• 1/2 cawan susu cair
• 2 sendok sayur tomat
• minyak sapi utk menumis
• kismis
• air secukupnya utk memasak nasi
• Bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih
CARA MEMASAK NASI ARAB :1. Perapkan ayam dgn perencah briyani maggie (2-3 jam)
2. Kisar bawang besar, halia dan bawang putih
3. Tumis bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga cengkih dgn minyak sapi.
Kemudian masukkan bahan kisar. Tumis sehingga naik bau.
4. Kemudian masukkan ayam yg telah diperap tadi. Tambahkan garam secukup rasa.
Apabila separuh masak, tutupkan api.
5. Sementara itu, bersihkan beras dan toskan.
Masukkan ke dalam periuk, gaulkan beras dengan saus tomato dan masukkan susu cair.
6. Masukkan pula ayam yg telah dimasak tadi, dan masukkan air secukupnya.
7. Tanak nasi sehingga masak.
Cadangan Hidangan:Boleh dimakan dengan dalca, jelatah dan daging masak berserai.